Saturday, October 24, 2009
'HOTS ELITE Edu Centre' telah direalisasikan
Friday, July 24, 2009
Special: "Dengar, dengar, dengar"

Sunday, July 19, 2009
Proolgue: Dusta

Tuesday, July 14, 2009
Prologue: Bicara
by ZR
"Jebat! turun kau Jebat, kami mahu bunuh kau Jebat!"
Begitulah nama "Jebat" sekali lagi dipanggil dan dipentaskan di Auditorium P.Ramlee. Sudah semestinya nama Jebat ini sudah sinonim dengan perkataan "Pembelaan" ataupun "Pembalasan" bagi para penonton atau masyarakat yang menyokong Jebat.
Namun bagi penonton yang tidak menyokong Jebat, maka nama Jebat bagi mereka pula sudah menjadi maksud disebaliknya iatu seperti "Penderhaka" atau "Pembelot".
LEQIU telah cuba memprovokasikan dengan banyak sekali persoalan. Tertanya sendiri penonton pada malam itu, yang mana satu? "Pembelaan" atau "Penderhakaan"?
Keunikkan tentang jiwa dan perasaan juga digambarkan pada malam itu, gambaran-gambaran abstrak yang didorongi oleh makhluk yang berbisik-bisik itu sering menganggu jebat dan rakan keseluruhan. Cuma tidak diperhalusi adakah luahan perasaan itu adalah dari jiwa Jebat atau jiwa semua manusia yang ada dipentas.
Kehadiran makhluk-makhluk abstrak itu sesungguhnya, telah mengambarkan perasaan yang marah membuak-buak. Begitulah jikalau dilihat dengan penataan cahaya dan pergerakkan makhluk-makhluk itu didalam kepulan-kepulan asap sudah menjadi begini. (dari pandangan kamera murah saya)
Dasyat, gerakkan-gerakkan itu sudah menjadi suatu kesungguhan perbuatan, kerana semahu-mahunya makhluk-makhluk itu ingin benar menyatakan yang mereka adalah jiwa yang bergelora, persoalan timbul, apa benar kah perasaan yang marah itu sungguh-sungguh kemarahannya sehingga sanggup dicarik robekkan isi-isi dan tulang temulang manusia? Sesungguhnya, tiada langsung manusia lain yang menghalanginya, rakan, sahabat yang selalu mendampingi Jebat, saudara? semuanya sudah tiada. Apakah benar sejarah mengatakan sebegitu. Jikalau benar, masyarakat di zaman Jebat adalah masyarakat yang......?
Sesungguhnya, kita umat manusia telah kita diajarkan supaya "Jangan kamu marah" oleh insan-insan yang terdahulu, kerana marah itulah yang dikatakan punca segala. Marah punca segala kedurjanaan. "Jangan Kamu Marah".
Kenapa begitu akhirnya? atau apakah benar sejarah telah membuktikan yang akhiran penceritaan Jebat adalah sebegitu akhirnya?
"Jebat oh Jebat", 2 kali kau mati di pentas Auditorium P.Ramlee kali ini, 2 Kali kau mati pada pertandingan Festival Teater Malaysia 2009 di Negeri Pulau Pinang. Yang pertama kau mati pada awalan permulaan Festival, dan yang kedua kau juga mati di picu pistol jenis?
Prologue: From the Eye of Theatregoers-Mutiara FM
Beruntung
Peserta Festival Teater Malaysia 2009 Peringkat Negeri Pulau Pinang kali ini sangat beruntung kerana dapat membuat promosi secara rasmi di dalam saluran radio Mutiara FM. Masa yang diberikan telah dimanfaatkan sebaik-baiknya. 7-10 minit itu sebenarnya sudah mencukupi bagi tujuan untuk mempromosikan apa-apa.
Prologue: Mencari Juwita
FESTIVAL TEATER MALAYSIA 2009
Peringkat Negeri Pulau Pinang
Auditorium P.Ramlee
Taman Budaya, Pulau Pinang
Malaysia
Mencari Juwita
Prologue: From the Eye of Theatregoers - Mencari Juwita
oleh Zul Rahman
Masyarakat sekali lagi dilontarkan dengan pantulan-pantulan perbuatan perilaku hasilan daripada tawar-menawar senggol-senggolan.
Apakah benar madu dikatakan menjadi racun jikalau ia terlalu banyak dijamah? Apakah benar madu juga boleh dibuat obat bagi penawar segala penyakit?
Persoalan penonton yang wujud dibenak kepala pada waktu hari pementasan itu, apakah benar madu yang dikatakan penawar segala obat itu telah dijamah? dijamah atau diratah? dan jikalau diratah, sudah tentu madu itu telah diratah dengan rakus serakus-rakusnya.
Inilah perkongsian sebenar-benar perkongsian yang mahu dikongsikan pula daripada penonton, benar madu itu sedap, madu itu asyik, asyik enak lunak. Madu disitu senang untuk dicari. Madu disitu juga boleh dibeli, berapa banyak yang dikehendaki, cakap sahaja, sudah tentu boleh diberi, dan alangkah bahaginay madu disitu juga boleh juga dipilih-pilih sendiri.
Sedap bukan madu itu? Tetapi kenapa pula dipersalahkan kepada penonton yang tidak suka makan madu? Kenapa mahu meninding jari kepada masyarakat penonton yang tidak gemar makan madu yang telah duli-uli dengan rakusnya disitu. Kenapa mahu menunding jadi kepada masyarakat penonton yang tidak mungkin sanggup menikmati madu yang boleh dikongsi-kongsi botol madu yang sudah menjadi bekas yang diratah-ratah oleh berbagai jenis orang.
Benar, seperti katamu, masyarakat penonton tidak akan mengerti dan tak mungkin mengerti, tetapi Engku Juwita, adakah engkau benar-benar mengerti akan kepada ketentuan itu?
dan oleh kerana pengertian akan kepada ketentuan itu, maka Engku Juwita mengubah takdir dan cara dengan cara menjadi Julia atas kerana mengerti akan ketentuan itu?
Siapa yang telah lama mati?
NOTA SANGAT PENTING: Sahabat-sahabat kami di ACMS, sesungguhnya Prolog ini ini bukanlah ditujukan kepada kalian, prolog ini ditujukan kepada mereka yang mengerti, mereka yang mencetuskan perbicaraaan dan menyimpan dendam kesumat yang amat mendalam. Prolog ini adalah hasilan cetusan minda dari pengamatan. Tidak ada unsur-unsur 'Personal Attack' kepada kalian. Usahlah kalian bersedih hati, kalian telah mementaskan kesulurahan pementasan watak dengan baik sekali, pengulasan teknikal dan tatacara lakokan bolehlah kalian bolehlah rujuk dan dapatkan ilmunya daripada webblog Bakawali, Resdong dsb. Prolog ini adalah cetusan minda masyarakat. Tetapi jika kalian mahu juga turut serta membahaskannya, maka 'Prologue' ini sudah menjadi 'Duologue:Dialogue'. Itu sudah bagus. Untuk itu, mohon ampun dan maaf.
Monday, July 13, 2009
Prologue: From the Eye of Theatregoers-'Monologue'
Prologue: From the Eye of Theatregoers
Monolog 4 Penjuru
oleh Zul Rahman
(Dudok = Raja Provokasi, bagus bagus)



