Monday, July 13, 2009

yang hilang barangkali sudah pulang


Teater
FESTIVAL TEATER MALAYSIA 2009
Peringkat Negeri Pulau Pinang
Auditorium P.Ramlee, Taman Budaya,
Pulau Pinang, Malaysia





HARTA YANG TERPULANG
oleh Zul Rahman

“Pakcik, malam esok cerita jenis macamamana pulak?” Tanya seorang anak kecil yang selalu kelihatan berada di sekitar Auditorium P.Ramlee itu setelah selesai bersalam-cium-tangan dengan saya.

Pertanyaan itu membuatkan saya diam seketika dan merenung wajahnya sambil menilai bahawa, soalannya itu bukanlah satu soalan yang biasa dan juga boleh dijawab secara biasa, sesungguhnya soalan yang diajukan oleh anak kecil itu adalah jenis soalan yang beliau sendiri sebenarnya benar-benar tahu apa yang ditanya dan beliau sendiri sedang cuba untuk mempelajarinya.

Soalan beginilah yang dikatakan soalan-soalan intelektual yang menunjukkan anak kecil itu sebenarnya sudah mempunyai buah mula, iani buah-buah pengetahuan yang dipelajari dan disimpan olehnya. Jikalau saya memberikan satu jawapan yang kabur, maka buah pukulan sinisnya akan mula keluar dan buah seterusnya akan dicipta oleh beliau sendiri.

Begitulah pengamatan yang luar biasa, yang sudah mula menampakkan bahwa, harta yang sudah lama hilang itu, kini telah mula kembali ke tempat duduk asalnya.


Memanfaati Masa

Adalah menjadi suatu perhitungan yang sangat baik dan membanggakan apabila menghitung beberapa kumpulan pengiat seni kalangan anak-anak muda dan dewasa yang mencuba sedaya upaya mereka untuk menjayakan Festival Teater Malaysia 2009, Peringkat Negeri Pulau Pinang kali ini.

Jalinan persahabatan tampak jelas apabila masing-masing saling bekerjasama menjayakan keseluruhan majlis ilmu yang sangat dinanti-nantikan ini. Jelas kelihatan sesama mereka sering saling duduk berbincang, bermesyuarat dan juga sambil memberikan pandangan-pandangan yang bermanfaat.

Walaupun suasana sebenar itu merupakan suasasana “Pertarungan” atas dasar “Pertandingan”, tetapi mereka bijak sekali memyembunyikan fakta dengan cara berlapik-lapik, berkias-kias dan mereka jauh sekali untuk mendabik dada.


Dewasa dan kedewasaan

Inilah yang dikatakan kematangan perlakuan hasil dari perilaku yang sudah jelas menampakkan hasil demi mentamadunkan manusia sejagat. Tiada sengketa diantara kumpulan, malah kelakuan buruk seperti iri hati, dengki, tindas, busuk hati tidak langsung tersimpan didalam “vocabulary” hidup mereka.

Keikhlasan dan kesungguhan sesama kumpulan untuk menjayakan keseluruhan persembahan pentas telah memberikan gambaran kefahaman kepada yang tersurat dan yang tersirat.

Sesungguhnya kerja yang ikhlas tanpa meminta-minta hasil daripada perbuatan, maka pembalasannya pula adalah yang tersirat iani sesuatu yang tidak diketahui oleh manusia.

Limpahan Ilmu

Semua kisah ada cerita-ceritanya, dan semua cerita ada kisah-kisahnya. Maka, kebiasaan setelah selesai pementasan, jelas kelihatan perbincangan-perbincangan kecil berlaku di sekitar ruang legar Auditorium P.Ramlee.

Limpahan provokasi daripada penceritaan telah menghasilkan ribuan dan jutaan molekul-molekul idea yang bernas mencurah-curah dan hampir-hampir menjadi lautan.

Limpahan-limpahan hasil dari curahan itu pula tidak menjadi sia-sia kerana limpahan-limpahan itu juga telah terkena kepada anak-anak kecil yang sering memerhati dan memikirkan perilaku dan kelakuan orang yang lebih dewasa daripada mereka.

Begitulah kejadian perkara, hasil kejadian yang tersurat dan yang tersirat. Banyak sekali limpahan-limpahan yang terbit daripada pelbagai pelosok minda yang tidak terjangkakan. Sesungguhnya, setiap daripada hasil limpahan-limpahan yang berlaku sebegitu, sekiranya kita percaya bahawa kita ini adalah dewasa dan berilmu dapat melakukan sesuatu yang boleh dimanfaatkan oleh kehidupan, maka kita harus mengutipnya satu persatu dan menjadikan limpahan itu sebagai keping-kepingan. Keping-kepingan kemudiannya dijadikan pula sebagai bahan ilmu rujukan, dan rujukan-rujukan itulah yang kemudiannya suatu hari nanti akan menjadi harta kita yang tersimpan.

Kita sebenarnya sudah lama mempunyai harta yang tersimpan sebegini suatu waktu dahulu, dan kini, harta itu sudah kembali, kembali kepada duduk asalnya, sebuah harta yang terpulang.


Kredit: HOTS Crew. Pic by sam4605 @flickr

3 comments:

Butaseni said...

gunakan kesempatan sebaiknya ok?
-wanraja

H.O.T.S said...

Butaseni,

We saw you on TV, TV, TV,
Great! Go ahead and All the BEST to you! Yeahhh...

We are joining Malaysia Theatre Festival 2009 this year, presenting "Legacy".
This will be our first appearance in MTF.

Thanks,
-HOTS Crew

Anonymous said...

budak kecil yang selalu suka bersalam cium tangan itu adakah ia 'Maulud'?
(Idola kecil-2, Dutch Lady?)