Tuesday, July 14, 2009

Prologue: From the Eye of Theatregoers-Mutiara FM




Beruntung
oleh Zul Rahman

Peserta Festival Teater Malaysia 2009 Peringkat Negeri Pulau Pinang kali ini sangat beruntung kerana dapat membuat promosi secara rasmi di dalam saluran radio Mutiara FM. Masa yang diberikan telah dimanfaatkan sebaik-baiknya. 7-10 minit itu sebenarnya sudah mencukupi bagi tujuan untuk mempromosikan apa-apa.

Sebenarnya, dari segi pengamatan, 5 Minit yang pertama itu sudah cukup banyak untuk kita menjelaskan apa-apa jua sinopsis cerita, begitu jualah dengan kehidupan harian kita. Pernahkah kita terfikir didalam satu hari, berapa banyak perkataan kah kita bercakap? iani dengan secara sedar selama 24 jam setiap hari, adakah pernah kita menghitung berapa jamkah kita bercakap? atau lebih terpeinci lagi jikalau kita hitung berapa minitkah kita bercakap setiap hari?

Persoalan lain pula timbul, adakah setiap minit yang kita cakap itu telah dimanfaatkan sebaik-baiknya demi masa. Fikirkanlah. Sesungguhnya benar bahwa, 'Banyak Cakap Banyak Dusta', kecuali bagi mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Beruntung juga kali ni pihak Jabatan Kesenian Kebudayaan Negeri banyak mengambil berat tentang soal ketelitian perlaksanaan majlis. Peluang yang diberikan pula itu telah di sambut baik oleh semua peserta. Penyiaran promosi secara "On-Air" walaupun didalam bentuk rakaman sudah cukup baik dan bermakna kepada aktivis-aktivis penggita teater di Pulau Pinang. Beruntung juga kali ini jemaah 'Wadi Pemikir Negara' telah menggabungkan 3 Kementerian menjadi satu, iatu Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Kesenian sekaligus menjadi SATU. Apakah benar seperti apa yang dibicarakan bahwa 'penggabungan' itu adalah sesuatu perkara yang baik? atau yang beruntung?.

Realisasi kesaksamaan dari segi kesinambungan sudah nampak jelas bahwa, apabila kita bercakap, maka disitu ada berlaku penjelasan atau penerangan, penerangan sudah menjadi komunikasi. Berkomunikasi pula itu adalah proses-proses kewujudan tamadun kemausiaan dan dari situ terhasilah budaya dan Kebudayaan.

Cara berkomunikasi itu pula sudah semestinya mempunyai kepelbagaian, akhirnya, keseluruhan kepelbagaian itulah yang menjadi kesenian. Kesenian pula ada banyak kepelbagaian dari segi cara berkomunikasi, penceritaan, lukisan, tulisan atau apa sahaja demi menyampaikan maksud dan tujuan.


Perbicaraan penceritaan itu indah, berkomunikasi itu indah, kesenian itu indah, kebudayaan itu indah dan tamadun kemanusiaan itu sangat indah. 'Beruntunglah bagi yang mensucikannya, dan merugilah bagi yang mengotorinya'.

Salam hormat,


Kredit:
JKKN & semua pengurusan. Mutiara FM & semua pengurusan.
Terima kasih yang tidak terhingga daripada kami semua.

6 comments:

MisA AmaNe said...

betul...nampaknya kita sudah maju selangkah kehadapan

artsoul said...

wish u, all the best...
make it happen!

Butaseni said...

i support u all!:D

abu musarrif bin abu bakar said...

yahhhh sempoi..

H.O.T.S said...

hehehehe... so far... so good....
hehehehehe (nervous smiling & laughing)

H.O.T.S said...

Allright, this is it!
Come, support us. Thanks